Tentang

Kecemasan.info mengandaikan anda terpaksa berhadapan dengan situasi cemas dan sukar tanpa berpeluang untuk mendapatkan bantuan profesional. Panduan-panduan dalam laman sesawang ini membolehkan anda meminimakan kecederaan dan kehilangan dan memberi/mendapatkan pertolongan yang berkesan selancar mungkin.

Laman ini ditulis untuk membantu anda berdepan dengan keadaan yang mungkin akan dihadapi seseorang pada suatu masa tertentu atau mungkin jarang-jarang berlaku. Laman ini cuba untuk memberi fokus kepada kecemasan perubatan, termasuklah teknik-teknik yang boleh menyelamatkan nyawa dan petanda-petanda kritikal suatu situasi. Situasi yang mungkin timbul di rumah, seperti jenayah, kecemasan awam seperti kebakaran, cuaca buruk dan masalah ketika memandu juga cuba dikupas. Laman ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri pembaca untuk berdepan dengan situasi cemas di luar negara atau di kawasan yang tidak biasa dikunjungi dan berdepan dengan ancaman haiwan merbahaya. Kecemasan berkaitan teknologi juga cuba dikupas.

Kandungan dalam laman ini disediakan dengan mengambil kira ketepatan maklumat dan keselamatan. Walau bagaimanapun, maklumat dalam laman ini tidak dapat menggantikan maklumat yang diberi oleh pakar pada situasi-situasi tersebut.

Polisi dan undang-undang adalah berbeza dalam suatu negara dengan negara yang lain. Undang-undang boleh berubah dan maklumat terkini harus diperoleh.

Pembaca diharap tidak mengambil apa yang ditulis dalam laman ini sebagai peruntukan nasihat perundangan. Sebelum mengikuti panduan dari laman ini, kaji maklumat yang ditulis dengan teliti dan dapatkan maklumat tambahan yang diperlukan.

Laman ini tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan dan kecederaan yang terjadi kerana menurut langkah yang dicadangkan dalam laman ini.