Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Perlanggaran kenderaan yang  berlaku jarang kerana malang yang sebetulnya.  Dua pertiga darinya adalah disebabkan oleh kesilapan pemandu dan selainnya disebabkan oleh kepincangan kenderaan, keadaan jalan yang tidak baik atau keadaan pemanduan.  Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, cuba tenangkan diri untuk membantu mereka yang mungkin tercedera dan buat catatan yang teliti tentang semua maklumat yang mungkin berguna pada anda nanti.

Read More »

Perlanggaran Dengan Pejalan Kaki

Dalam situasi perlanggaran dengan pejalan kaki, seorang pemandu perlu berhenti.  Tahap risiko kecederaan pejalan kaki tinggi.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Terlibat Dengan Perlanggaran Dengan Pejalan Kaki

  1. BERHENTI SEGERA.  Mengikut undang-undang anda perlu berhenti jika ada sesiapa yang tercedera dan memberi butiran berkenaan dengan kemalangan ini.  Berhentilah walaupun anda sendiri tidak pasti bahawa ada kecederaan berlaku.  Lindungi kawasan kejadian dengan segitiga amaran dan alih arah trafik dari pejalan kaki yang cedera.

Read More »

Perlanggaran Dengan Motosikal

Sama ada ketika anda menunggang bersama rakan-rakan, atau memandu kereta lalu terlibat dengan perlanggaran motosikal, bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal sangat penting kerana mereka terdedah kepada bahaya kerana kurangnya perlindungan pada diri.  Perkara yang perlu diingat semasa memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal ialah adalah lebih baik membiarkan topi keledar terpakai oleh mangsa kecuali mangsa tidak bernafas dan perlu dipulihkan segera.

Read More »

Perlanggaran Dengan Kereta

Perlanggaran kereta.
Bertukar-tukar butiran diri pemandu selepas perlanggaran.

Jika anda terlibat kemalangan dengan kereta lain, atau kenderaan lain, berhenti segera dan panggil bantuan jika ada kecederaan atau jalan menjadi terhalang.  Minta orang beri amaran kepada pengguna jalan yang lain dan lakarkan kedudukan keadaan perlanggaran. Bertukar-tukar butiran diri dan ambil gambar foto kerosakan yang berlaku. Dapatkan juga saksi yang melihat.

Read More »