Serangan Keganasan Jalan Raya dan Pembuli Jalan Raya

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Apabila sedang memandu, ramai orang boleh menjadi berkelakuan agresif dan tidak waras.  Jika anda menyedari diri berada dalam keadaan diancam boleh pengguna  jalan raya yang lain, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah mengambil tindakan defensif dan mengutamakan keselamatan diri anda.

Pemandu marah.
Pemanduan yang beremosi boleh mencetus keganasan jalan raya.

Perkara Utama

Jika anda rasa diekori atau rasa diancam, buat panggilan kepada pihak polis dengan telefon bimbit (dengan alat bebas tangan) atau di tempat awam yang selamat.  Berikan lokasi anda dan arah yang hendak dituju.

Tindakan Kecemasan Ketika Menghadapi Keganasan Jalan Raya

Diekori Oleh Pemandu Kenderaan Yang Marah

  1. Pandu Seperti Biasa.  Jangan biarkan tingkah laku atau perbuatan pemandu lain menjadikan anda hilang tumpuan memandu.  Fokuskan diri untuk memandu dengan selamat.  Elakkan membuat pertembungan mata dengan pemandu tersebut kerana ini boleh mencetuskan konflik.
  2. Membuat Lencongan.  Jika pemandu lain terus mengekori anda, cuba untuk membelok ke arah lain untuk memutuskan pemandu itu dari terus mengekori.  Namun begitu, kekalkan memandu di kawasan yang sibuk dan ramai orang.
  3. Pandu ke Tempat Keselamatan.  Jika pemandu itu terus mengugut/mengancam/mengekori anda, pandu terus ke balai polis atau tempat selamat seperti kompleks kerajaan dan telefon polis untuk mendapatkan bantuan.

Kereta Anda Sengaja Dilanggar Oleh Pemandu Yang Marah

  • Pandu Lari Daripadanya.  Walaupun mengikut undang-undang anda perlu melaporkan semua kemalangan, jika anda mengesyaki bahawa anda sengaja dilanggar, atau takut keselamatan diri terancam, jangan berhenti atau keluar dari kereta.  Pastikan pintu kereta anda berkunci dan terus memandu ke balai polis terdekat atau tempat selamat yang lain (balai bomba atau sepertinya).
  • Berada Dalam Kereta Anda.  Jika kereta anda sudah tidak boleh dipandu atau anda terkepung dan pemandu tersebut keluar dari keretanya,  terus berada dalam kereta anda.  Bergantung kepada bagaimana mengancamnya perlakuan pemandu tersebut, cuba redakan, pujuk atau tenangkan pemandu yang sedang berang itu melalui tingkap kereta anda yang separa terbuka.  Atau,  bunyikan hon dan hidupkan lampu amaran bahaya untuk menarik perhatian dan segera telefon polis untuk bantuan segera.
  • Buat Kenyataan.  Laporkan kejadian keganasan jalan raya kepada polis dan berikan seberapa banyak butiran yang boleh tentang pesalah dan/atau kenderaannya.

Amaran

Jika seseorang mengekori anda dan berkelakuan agresif, jangan pandu ke rumah anda.  Anda tidak mahu mereka tahu di mana anda tinggal.

Taktik Untuk Melarikan Diri

Jika ada pemandu yang cukup berang sehingga cuba buat anda berhenti atau memandu keluar dari jalan,  perkara utama yang perlu anda buat ialah memandu ke tempat yang selamat.  Kekalkan berada di jalan utama yang ada ramai orang/saksi dan kamera CCTV.  Trafik yang banyak memberikan banyak saksi dan membolehkan anda meninggalkannya di belakang kereta-kereta lain yang berada di jalan.

Untuk Peringatan

  • Sesetengah pemandu seakan-akan seronok mencetuskan konflik.  Sentiasalah peka terhadap tanda-tanda pemanduan yang agresif atau tidak menentu dan elakkan diri dari laluan mereka, walaupun ini boleh melambatkan perjalanan anda beberapa minit.
  • Sentiasa kawal emosi anda.  Jika anda bertindak balas agresif dengan memberi tindakan yang kasar atau memberi bunyi hon yang panjang, anda boleh membangkitkan tindakan balas yang ganas.
  • Jika anda membuat kesalahan semasa memandu, angkatkan tangan sebagai mengakui kesilapan anda dan tanda meminta maaf.
Iklan