Perlanggaran Dengan Pejalan Kaki

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Dalam situasi perlanggaran dengan pejalan kaki, seorang pemandu perlu berhenti.  Tahap risiko kecederaan pejalan kaki tinggi.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Terlibat Dengan Perlanggaran Dengan Pejalan Kaki

  1. BERHENTI SEGERA.  Mengikut undang-undang anda perlu berhenti jika ada sesiapa yang tercedera dan memberi butiran berkenaan dengan kemalangan ini.  Berhentilah walaupun anda sendiri tidak pasti bahawa ada kecederaan berlaku.  Lindungi kawasan kejadian dengan segitiga amaran dan alih arah trafik dari pejalan kaki yang cedera.
  2. PANGGIL BANTUAN.  Pejalan kaki adalah diutamakan dahulu.  Panggil perkhidmatan kecemasan dan nyatakan pada mereka bahawa ada orang yang cedera.  Jangan alih atau gerakkan mangsa, tetapi yakinkan dirinya bahawa bantuan sedang dalam perjalanan.  Untuk mengelakkan mangsa dari mengalami kejutan,  teduhkan mangsa atau tutup mangsa dengan kain selimut jika sejuk.
  3. DAPATKAN SAKSI.  Cari saksi yang dapat memberi kesaksian bagi pihak anda.  Ini terutamanya dalam kes di mana tuntutan kecedaran diri dapat dibuat.  Tuliskan semua nama dan alamat pada tempat kejadian kerana adalah mudah untuk hilang hubungan dengan saksi dalam kekalutan selepas berlakunya perlanggaran.

Prihatin Terhadap Pejalan Kaki

Jika anda melanggar seorang pejalan kaki dengan kelajuan 32 km/j dia berkemungkinan 97 peratus untuk selamat, pada 48 km/j 80 peratus peluang untuk selamat, dan jika pada kelajuan 65 km/j hanya terdapat 10 peratus sahaja peluang untuk selamat.  Sentiasalah memandu dengan berjaga-jaga apabila ada pejalan kaki di sekitar.

Iklan