Perlanggaran Dengan Motosikal

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Sama ada ketika anda menunggang bersama rakan-rakan, atau memandu kereta lalu terlibat dengan perlanggaran motosikal, bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal sangat penting kerana mereka terdedah kepada bahaya kerana kurangnya perlindungan pada diri.  Perkara yang perlu diingat semasa memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal ialah adalah lebih baik membiarkan topi keledar terpakai oleh mangsa kecuali mangsa tidak bernafas dan perlu dipulihkan segera.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Terlibat Dengan Perlanggaran Dengan Motosikal

  1. PANGGIL BANTUAN.  Penunggang motosikal lebih berkemungkinan mendapat kecederaan serius berbanding pemandu kereta kerana kurang perlindungan diri pada motosikal.  Tindakan pantas sangat penting bagi kecederaan yang mengancam nyawa.  Panggil perkhidmatan kecemasan dengan secepat mungkin.
  2. JANGAN TANGGALKAN TOPI KELEDAR.  Abaikan naluri anda untuk membuka topi keledar mangsa dengan segera.  Biarkan topi keledar terpakai oleh mangsa kerana menanggalkannya boleh memburukkan lagi sebarang kecederaan kepala, tengkuk atau tulang belakang mangsa.  Biarkan pasukan paramedik yang mengendalikannya.  Pengecualian terhadap ini jika penunggang tersebut sudah berhenti bernafas dan anda perlu memberi pernafasan penyelamatan CPR kepadanya untuk menyedarkan semula mangsa.  Baca di bawah.

Jika Anda Terpaksa Membuat Resusitasi

Jika mangsa boleh bercakap, bermakna dia boleh bernafas, maka jangan tanggalkan topi keledarnya.  Satu-satunya keadaan di mana anda harus menanggalkan topi keledar mangsa adalah jika dia tidak bernafas membuatkan anda perlu membuat resusitasi CPR.  Anda memerlukan pertolongan untuk menanggalkan topi keledar dengan berhati-hati.  Salah seorang perlu memegang kepala dan tengkuk mangsa, mana seorang lagi membuka ikatan topi.

  1. SOKONG TENGKUK DAN RAHANG.  Letakkan jari-jari anda dengan terbuka luas di bahagian bawah topi keledar untuk menyokong tengkuk mangsa dan pegang rahangnya dengan kemas.
  2. TANGGALKAN TOPI KELEDAR DENGAN BERHATI-HATI.  Suruh pembantu anda untuk mengiringkan topi keledar melepasi dagu, kemudian melepasi pangkal tengkorak mangsa.  Kemudian pembantu anda perlu mengangkat topi keledar dari kepala mangsa dengan perlahan-lahan sambil anda terus memberi sokongan pada tengkuk dan rahang mangsa.
    Sokong tengkuk dan rahang mangsa.Sokong tengkuk dan rahang mangsa.
    Sokong tengkuk dan rahang mangsa.
    Tanggalkan topi keledar dari kepala dengan berhati-hati.Tanggalkan topi keledar dari kepala dengan berhati-hati.
    Tanggalkan topi keledar dari kepala dengan berhati-hati.
     
  3. SIMPAN TOPI KELEDAR.  Simpan topi keledar untuk diperiksa oleh pasukan paramedik.

Berhati-hati Selalu

  • Sebagai pengguna jalan raya, sentiasa berjaga-jaga terhadap penunggang motosikal, terutamanya ketika anda membelok pada persimpangan.  Kemalangan paling biasa berlaku di simpang tiga di mana pemandu gagal untuk melihat penunggang motosikal.
  • Selekoh adalah tempat berbahaya bagi motosikal – banyak kemalangan motosikal berlaku di kawasan selekoh tajam.
  • Sebagai penunggang motosikal, anda boleh mengurangkan kadar kemalangan dengan memakai pakaian dan topi keledar berwarna terang dan memantulkan cahaya.  Jadikan diri anda boleh dilihat sejelas mungkin.  Menghidupkan lampu depan motosikal pada siang hari juga menambah kebolehlihatan, malah menjadi peraturan di negara-negara.

 

Iklan