Selepas Kemalangan – Membuat Laporan Kemalangan Jalan Raya dan Tuntutan Insurans Kemalangan

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Menyelesaikan perkara-perkara bertulis setelah kemalangan boleh memakan masa tetapi ianya berbaloi dibuat segera. Isi laporan kemalangan yang dibekalkan oleh syarikat insurans anda dengan segera agar anda tidak lupa cebisan-cebisan maklumat yang penting. Jangan mengaku bertanggungjawab, walaupun nampak kemalangan seperti salah anda. Isu pertuduhan paling baik diserahkan kepada pihak insurans dan mahkamah untuk ditentukan.

Langkah-langkah Membuat Laporan Kemalangan Jalan Raya

  1. MAKLUMKAN KEPADA PIHAK POLIS.  Anda perlu melaporkan kejadian kepada pihak polis dengan segera dalam masa 24 jam jika ia telah menyebabkan kecederaan atau kerosakan kereta atau harta orang lain, atau jika terdapatnya pembabitan dadah atau alkohol.
  2. JANGAN MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB.  Jangan mengaku bertanggungjawab walaupun anda berpandangan bahawa memang anda yang salah.  Jika anda mengaku bertanggungjawab, anda telah membuat keputusan sebelum penyiasatan isu dan ini mungkin boleh memberi kesan kepada sebarang tuntutan insurans.
  3. DAPAT BANTUAN PERUBATAN.  Selepas mengalami sentakan kuat perlanggaran,  anda mungkin mengalami lebam-lebam atau kecederaan-kecederaan lain.  Jangan abaikan sakit yang sedikit-sedikit kerana ini boleh bertukar menjadi sakit kronik dalam minggu-minggu yang mendatang.  Ingat bahawa rekod doktor sangat penting dalam sebarang tuntutan pampasan.
  4. DAPATKAN ANGGARAN PEMBAIKIAN.  Dapatkan sekurang-kurangnya dua anggaran untuk pembaikian.  Jangan buat sebarang pembaikian jika anda berhasrat untuk membiarkan syarikat insurans anda membayar untuk pembaikian.  Syarikat insurans mungkin mahu membuat sendiri penilaian kerosakan.
  5. KEMBALI MEMANDU.  Ramai orang tidak mahu kembali berada pada tempat duduk pemandu setelah mengalami kemalangan jalan raya.  Satu-satunya cara untuk mengatasi rasa takut anda ini ialah dengan kembali memandu.  Minta seseorang untuk menjadi penumpang anda jika anda rasa tidak yakin.

Langkah-langkah Menyelesaikan Tuntutan Insurans Anda

  1. HUBUNGI SYARIKAT INSURANS ANDA.  Beritahu syarikat insurans anda dalam masa 24 jam selepas kemalangan.  Minta mereka untuk menghantar laporan tuntutan dan kemalangan.  Periksa hak anda: anda mungkin diberi kereta gantian sementara membaiki kerosakan kereta anda atau anda memiliki perlindungan kecederaan diri.
  2. BUAT KEPUTUSAN SAMA ADA MEMBUAT TUNTUTAN ATAU TIDAK.  Memberitahu penginsurans tidak bermakna anda perlu membuat tuntutan.  Ianya bergantung kepada kos pembaikian dan kesan bonus tiada tuntutan.  Penginsurans akan menerangkan kepada anda berapakan bonus tiada tuntutan yang anda akan hilang jika anda membuat tuntutan.  Periksa lebihan kewangan anda kerana ini akan memberi kesan kepada berapa nilai yang anda perlu bayar.
  3. REKODKAN PERBELANJAAN ANDA.  Simpan rekod semua perbelanjaan tambahan, termasuklah kos pengangkutan, resit teksi dan caj-caj preskripsi perubatan kerana ini boleh dituntut kembali ke atas polisi insurans anda.

Bagaimana Cara Untuk Membuat Tuntutan Insurans

  • LAPORAN KEMALANGAN.  Isi dan kembalikan laporan kemalangan dari syarikat insurans anda.
  • KUMPUL BUKTI.  Catatkan segala yang anda rasakan berkaitan.  Lakaran kejadian kemalangan dan/atau gambar foto adalah bukti yang baik untuk menyokong suatu tuntutan.
  • JANGAN BERKORESPONDAN DENGAN PEMANDU LAIN.  Serahkan segala surat menyurat kepada syarikat insurans anda.  Jangan bersurat menyurat dengan syarikat insurans pemandu lain.
  • PENDAKWAAN PIHAK POLIS.  Maklumkan kepada syarikat insurans anda jika anda menerima notis pendakwaan pihak polis.
  • PENILAIAN KERETA/KENDERAAN.  Syarikat insurans mungkin membayar ‘harga pasaran’ bagi sebarang kereta yang dilupuskan, tetapi besar kemungkinan ianya kurang dari kos ganti semula kereta.  Berhubung dengan organisasi permotoran anda jika anda tidak berpuas hati dengan penilaian itu – pihak insurans mungkin akan menaikkan nilai tawarannya jika anda mempertikaikannya.
Iklan