Kegagalan Brek dan/atau Injak Pemecut Tersangkut – Kereta Tidak Boleh Berhenti

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Walaupun ini jarang berlaku dengan kereta-kereta model baru, keadaan injak pemecut tersekat atau tersangkut dan brek gagal untuk berfungsi masih boleh berlaku.  Terdapat kemahiran memandu yang khusus yang boleh membantu mengelakkan kemalangan serius dan kecederaan dalam keadaan kecemasan ini.

Tindakan Segera

Sedarkan pemandu-pemandu lain keadaan anda dengan membunyikan hon dan mengelip-ngelipkan lampu kereta anda.  Dalam keadaan kecemasan yang amat, telefon pihak polis yang mungkin boleh membantu anda mengosongkan laluan anda.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Injak Pemecut Tersangkut

  1. TEPUK INJAK.  Lepaskan tekanan pada injak sedikit – ia mungkin melepaskan sangkutan atau sekatan.  Jika ini tidak berkesan, cungkil injak jari kaki anda.  Minta penumpang untuk melihat jika ada sesuatu yang terlekat atau menyangkut injak, seperti pelapik lantai kereta dan minta dia membuangnya jika ada.
  2. GUNAKAN BREK.  Jika pemecut masih lagi tersangkut, biarkan kereta dalam gear dan brek dengan untuk perlahan-lahan berhenti di pinggir jalan.
  3. JANGAN MATIKAN ENJIN.  Mematikan enjin akan mematikan stering kuasa, menjadikan kereta sangat sukar untuk dikendalikan.  Sesetengah kereta enjin diesel lama tidak akan memberi tindakbalas terhadap tindakan mematikan enjin.  Jika ini perlu, pusing kunci kereta satu takuk sahaja untuk mematikan enjin dan membolehkan kereta memperlahan.  Jangan terlebih pusing kunci kerana ini boleh mengunci stering kereta (Bahaya!).
  4. TUKAR KEPADA GEAR NEUTRAL.  Tindakan ini seharusnya menjadi cara terakhir kerana ini boleh membuatkan enjin kereta terlampau putar, yang mana boleh memusnahkan enjin, tetapi ini boleh memperlahankan kereta.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Brek Gagal Berfungsi (Kegagalan Brek)

  1. PAM BREK.  Tekan injak brek dan angkat, kemudian tekan lagi.  Teruskan mengepam.  Anda biasanya tidak boleh pam brek antikunci, tetapi adakala ianya menjadi dalam keadaan kegagalan brek.
  2. TUKAR KEPADA GEAR RENDAH.  Tukar ke gear rendah, iaitu gear kedua atau ketiga, dengan mengangkat klac dengan perlahan-lahan.  Ini akan memperlahankan kenderaan dan membolehkan anda menggunakan brek tangan untuk memperlahan.   Dalam kereta bergear automatik, gunakan gear L atau 2.
  3. KENAKAN BREK TANGAN.  Ketika kereta memperlahan, gunakan brek tangan untuk membantu memberhentikan kereta.  Pegang stering dengan kemas kerana penggunaan brek tangan mungkin membuatkan tayar belakang menjadi terkunci dan membuatkan kereta tergelincir.
  4. JANGAN MATIKAN ENJIN.  Walaupun ini sungguh mudah untuk dilakukan, tindakan mematikan enjin hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana anda tidak dapat menggunakan enjin untuk memperlahankan kenderaan ketika menukarkan gearnya kepada gear rendah.  Stering juga mungkin jadi terkunci atau berat setelah anda mematikan enjin.
  5. CARI LALUAN KELUAR.  Jika semua tindakan anda gagal, hanya pilihan yang tinggal adalah menggunakan lereng atau tebing untuk membantu memberhentikan kereta.  Pandu beransur-ansur menaiki lereng untuk mengelakkan kereta tergolek.  Menggeser sepanjang pagar boleh juga memperlahankan anda.

Amaran

  • Jangan sesekali mengabaikan lampu amaran pada papan pemuka (dashboard).  Jika amaran sistem brek menyala ketika anda memandu, periksa brek dan bendalir brek / minyak brek diperiksa secepat mungkin.
  • Semasa anda mula perlahan, hidupkan isyarat untuk menunjukkan anda mahu berhenti kerana kereta mungkin memperlahan dengan cepat setelah anda bertindak.
Iklan