Perlanggaran Dengan Kereta

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Perlanggaran kereta.
Bertukar-tukar butiran diri pemandu selepas perlanggaran.

Jika anda terlibat kemalangan dengan kereta lain, atau kenderaan lain, berhenti segera dan panggil bantuan jika ada kecederaan atau jalan menjadi terhalang.  Minta orang beri amaran kepada pengguna jalan yang lain dan lakarkan kedudukan keadaan perlanggaran. Bertukar-tukar butiran diri dan ambil gambar foto kerosakan yang berlaku. Dapatkan juga saksi yang melihat.

Langkah-langkah Kecemasan Apabila Terlibat Dengan Perlanggaran Dengan Kereta/Kenderaan Lain

  1. BERHENTI DENGAN SEGERA.  Adalah menjadi satu kesalahan jika tidak berhenti selepas kemalangan.  Anda perlu juga berhenti jika anda terlibat tetapi kereta anda tidak mengalami sebarang kerosakan.
  2. DAPATKAN BANTUAN.  Panggil bantuan perkhidmatan kecemasan jika ada sesiapa tercedera atau jalan menjadi tersekat.  Minta juga bomba untuk datang jika terdapat risiko kebakaran.  Jika ada pemandu yang cuba meninggalkan tempat kejadian tanpa bertukar-tukar maklumat yang diperlukan,  catat nombor pendaftaran kereta tersebut.
  3. BERI AMARAN PADA PENGGUNA LAIN.  Gunakan sebarang cara yang perlu untuk memberi amaran kepada pengguna lain supaya berhati-hati.  Hidupkan lampu amaran bahaya.  Letakkan tanda amaran segitiga di atas jalan dan cuba dapatkan pertolongan dari sesiapa untuk menyedarkan pengguna jalan lain tentang perlanggaran yang berlaku.  Sebaiknya jangan gerakkan sebarang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum polis tiba jika sekiranya polis perlu datang ke tempat kemalangan.  Catat kedudukan kenderaan ketika perlanggaran. Rujuk langkah 5.
  4. BERTUKAR-TUKAR BUTIRAN.  Berikan nama, alamat dan nombor pendaftaran kereta anda kepada pemandu-pemandu dan/atau pemilik yang harta benda yang telah rosak kerana perlanggaran.   Jika anda memandu kenderaan orang lain, berikan nama pemiliknya.  Elakkan sebarang perdebatan dan jangan mengaku bertanggungjawab pada kejadian kemalangan.
  5. LAKARKAN KEJADIAN.  Lukis lakaran jalan dari pandangan atas, menunjukkan kedudukan kereta/kenderaan.  Tunjukkan arah perjalanan kereta, tempat berlakunya perlanggaran dan nama-nama jalan.  Tandakan pangkah pada tempat di mana adanya saksi-saksi yang melihat.  Lukisan titik kompas (arah utara) berguna kerana ia sering dirujuk dalam laporan polis.  Anda boleh cari titik kompas kemudian dari peta, atau peta dari internet, besarkan dan cetakkan dan lukis kedudukan kereta-kereta/kenderaan-kenderaan terlibat pada cetakan tersebut.
    Contoh lakaran kasar kejadian kemalangan perlanggaran yang berlaku. Tanda 'X' menandakan kedudukan saksi.Contoh lakaran kasar kejadian kemalangan perlanggaran yang berlaku. Tanda 'X' menandakan kedudukan saksi.
    Contoh lakaran kasar kejadian kemalangan perlanggaran yang berlaku. Tanda 'X' menandakan kedudukan saksi.
     
  6. AMBIL GAMBAR FOTO.  Jika anda ada kamera atau telefon bimbit berkamera, ambil gambar kejadian dan sebarang kerosakan yang berlaku.  Ambil gambar foto dari pelbagai sudut yang berlainan.
  7. DAPATKAN SAKSI.  Dapatkan nama dan alamat saksi yang sudi tampil memberi keterangan sama ada kepada pihak polis atau syarikat insurans anda.

Perhatian

Pastikan enjin telah dimatikan pada semua kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran/kemalangan.

Iklan