Bantuan Setelah Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Kemalangan jalan raya kereta. Foto hiasan.

Tindakan yang anda ambil dalam kejadian kemalangan jalan raya boleh memberi natijah penting kepada mangsa yang terlibat dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.  Walau tanpa sebarang latihan perubatan sekali pun, terdapat banyak jalan lain yang boleh anda bantu mereka yang tercedera.  Bertenang, beri amaran kepada pemandu-pemandu lain dan panggil bantuan perkhidmatan kecemasan.

Menilai Keadaan Kemalangan Jalan Raya

Lihat tempat kejadian dengan tenang.  Berikan sebanyak mungkin maklumat kepada petugas perkhidmatan kecemasan.

  • Adakah terdapat bahaya segera kebakaran dan/atau adakah terdapat sebarang bahan kimia berbahaya terlibat? (Baca amaran di bawah).
  • Berapakah orang yang terlibat dan adakah terdapat kanak-kanak dan bayi?
  • Jika terdapat ramai mangsa, berikan pertolongan cemas dengan turutan berikut:
    – Mangsa pengsan dan tidak bernafas.
    – Mangsa yang berdarah teruk.
    – Mangsa yang pengsan tetapi bernafas.
    – Mangsa yang cedera dan sedar.

Amaran

  • Jika terdapat tanda-tanda awal kebakaran, seperti bonet berasap, keluarkan semua mangsa dari kenderaan dan jauhinya.  Panggil perkhidmatan kecemasan jika kenderaan sedang terbakar, jangan bertindak sendiri.
  • Jangan berada dekat dengan sebarang tumpahan.  Lori yang membawa bahan berbahaya ditandai dengan kod-kod yang menunjukkan jenis muatannya.  Catatkan simbolnya dan segera maklumkan kepada pihak perkhidmatan kecemasan.

Langkah-langkah Membantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya, ikuti langkah berikut untuk keselamatan diri, pengguna jalan raya yang lain dan mangsa kemalangan.

  1. LETAKKAN KENDERAAN JAUH SEDIKIT DI BELAKANG KEMALANGAN.   Gunakan lampu amaran bahaya (iaitu menyalakan semua lampu isyarat pandu arah) dengan menekan butang yang berlambang tiga segi.  Pada waktu malam, pasang lampu kereta anda menyuluh kereta/kenderaan yang berlanggar.
    Pasang lampu isyarat bahaya setelah memberhentikan kereta jauh di belakang perlanggaran.Pasang lampu isyarat bahaya setelah memberhentikan kereta jauh di belakang perlanggaran.
    Pasang lampu isyarat bahaya setelah memberhentikan kereta jauh di belakang perlanggaran.
     
  2. JAGA TEMPAT KEJADIAN (Kecuali untuk kemalangan berlaku di lebuh raya, baca di bawah).  Letakkan tanda amaran tiga segi merah sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kereta/kenderaan yang berlanggar untuk mengelakkan berlaku lagi perlanggaran.  Sebaik-baiknya letakkan juga satu lagi tanda amaran tiga segi di hadapan kereta/kenderaan tersebut.  Jika boleh,  minta seseorang untuk menghentikan atau memperlahankan trafik.
  3. JADIKAN KENDERAAN YANG BERLANGGAR DALAM KEADAAN SELAMAT.  Matikan enjin dan suis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan untuk mengurangkan bahaya terjadinya kebakaran, tetapi jangan cabut kuncinya atau pusing sehingga habis kerana ini boleh membuatkan stering menjadi terkunci.  Periksa brek tangan, jika belum ditarik, tariknya.

Beri Perhatian

Pastikan tiada sesiapa yang merokok berdekatan dengan tempat kejadian kemalangan.  Kemungkinan terdapat petrol pada jalan/tanah kerana kebocoran pada saluran kereta atau tangki minyak bocor/pecah ketika kemalangan.

Lain-lain Bantuan

Jika boleh, hantarkan seseorang untuk memperlahankan trafik.  Pastikan mereka berada di tepi jalan.  Pada waktu malam, gunakan lampu suluh untuk mengisyaratkan pemandu lain supaya perlahan.

Langkah-langkah Membantu Kemalangan di Lebuh Raya

Jika kemalangan berlaku di lebuh raya, bilangan kereta yang banyak dan laju boleh memberi bahaya kepada diri dan pengguna lain.  Kesesakan teruk boleh berlaku dan melambatkan sampainya bantuan penyelamat.

    1. TIDAK PERLU SELALU BERHENTI UNTUK MEMBANTU.  Berhenti untuk memberi pertolongan boleh menyebabkan lambatnya tiba perkhidmatan penyelamat ke tempat kejadian.  Akan tetapi jika ada mangsa yang cedera terbaring di atas jalan atau mangsa berada dalam kenderaan yang sedang terbakar, dinasihatkan berhenti untuk membantu di bahu paling luar jalan atau terus memandu ke susur keluar terdekat untuk memanggil perkhidmatan kecemasan.
    2. KELUAR DARI KERETA MELALUI PINTU SEBELAH YANG TIADA TRAFIK.  Sentiasa keluar dari kereta anda melalui pintu yang tiada trafik dan pastikan mangsa juga berbuat demikian.  Tinggalkan sebarang binatang dalam kenderaan atau pun jika dalam keadaan kecemasan, tinggalkan binatang tersebut di tepi jalan dengan ada kawalan yang ketat.
    3. Papan tanda telefon kecemasan SOS.
      Gunakan telefon kecemasan lebuhraya.

      BERJALAN KE TELEFON KECEMASAN. Gunakan papan tanda pada lebuh raya bahagian anda berada untuk mendapatkan telefon kecemasan.  Telefon ini lebih baik berbanding telefon bimbit kerana ia boleh memberi lokasi yang tepat.  Jika anda menggunakan telefon bimbit, rujuk papan tanda lebuh raya untuk memberi lokasi anda.

Mendapatkan Bantuan

  1. PANGGIL BANTUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN.  Nyatakan pada orang yang menjawab panggilan anda bilangan kenderaan yang terbabit kemalangan, berapa orang mangsa yang terlibat dan sama ada ada yang terperangkap atau tidak.  Beri gambaran lokasi anda setepat mungkin.
  2. TAWARKAN DIRI UNTUK MENJADI SAKSI.  Jangan tinggalkan tempat kejadian kemalangan tanpa meninggalkan cara menghubungi anda.  Jika polis tidak terlibat dalam mengurus kemalangan, tawarkan untuk menjadi saksi kepada pemandu-pemandu yang terbabit.  Baca Menjadi Saksi Kemalangan.
Iklan