Menawarkan Diri Menjadi Saksi Kejadian Kemalangan Jalan Raya

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Salah satu cara yang baik untuk anda membantu semasa kejadian kemalangan jalan raya ialah dengan menawarkan khidmat diri anda untuk menjadi saksi.  Di sesetengah negara anda tidak perlu memberi nama dan alamat, namun harus diingat anda ada tanggungjawab tertentu yang dipikul.  Sedar bahawa:

  • PIHAK POLIS MUNGKIN TERLIBAT.  Pihak polis mungkin meminta anda memberikan kenyataan jika anda menyaksikan kemalangan lalu lintas jalan raya.  Jika anda ditanyakan oleh pihak polis, anda perlu menjawab semuanya dengan jujur.  Selalunya pemandu yang terlibat kemalangan saling tidak bersetuju tentang punca kemalangan atau perlanggaran, jadi kes ini bergantung kepada keterangan anda.  Keterangan anda sebagai saksi juga mungkin boleh digunakan oleh syarikat insurans untuk menentukan penyelesaian, jadi ianya penting dalam menentukan siapa yang patut dipertanggungjawabkan.
  • BOLEH JADI KES MAHKAMAH.  Jika kes dilanjutkan ke mahkamah, anda mungkin diperintah hadir untuk memberikan bukti.  Anda wajib hadir.  Jika anda gagal untuk hadir setelah menerima perintah hadir mahkamah, anda mungkin didapati menghina mahkamah dan dikenakan hukuman.
Iklan