Membantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya Yang Cedera

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Langkah ini untuk membantu mangsa kemalangan yang cedera.  Jika anda baru menyaksikan kemalangan atau kemalangan baru sahaja berlaku dan anda melihatnya, lihat Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya.

Langkah-langkah Membantu Mangsa Kemalangan Yang Cedera

Mangsa kemalangan jalan raya perlu dibantu dengan berhati-hati.  Untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya yang cedera, ikuti langkah berikut:

  1. JANGAN GERAKKAN MANGSA.  Berbuat demikian boleh membuatkan kecederaan semakin teruk, terutamanya kecederaan pada tengkuk yang mana ada bahaya kerosakan jangka masa panjang kepada tulang belakang.  Pengecualian hanya pada mangsa yang berada dalam keadaan bahaya seperti kereta mungkin terbakar.
  2. PERIKSA PERNAFASAN.  Mangsa yang senyap adalah mungkin yang paling teruk tercedera.  Pastikan mereka boleh bernafas dengan bebas.  Longgarkan dengan berhati-hati pakaian yang ketat pada leher.  Jika tidak bernafas, mungkin perlu memberikan pernafasan penyelamat kepada mereka.  Rujuk CPR.
  3. PERIKSA PENDARAHAN.  Tekanan kuat dengan kain bersih pada luka akan menahan pendarahan.  Untuk luka pada kepala, tekanan lembut diberikan kerana mungkin mangsa mengalami keretakan tengkorak.
  4. PASTIKAN MANGSA TIDAK KESEJUKAN.  Tutup mangsa dengan selimut atau kain tebal untuk memastikan mereka tidak kesejukan dan mencegah kejutan.  Jangan beri mereka makanan atau minuman kerana mereka mungkin kemudian perlu dibius.
  5. TENANGKAN MANGSA.  Yakinkan dan beritahu mangsa bahawa bantuan sedang dalam perjalanan.  Tenangkan mereka dengan bercakap dengan mereka.
Iklan