Memantau Mangsa Setelah Memberikan Pertolongan Cemas

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Tahap kesedaran, pernafasan dan nadi mangsa semasa pertolongan cemas semuanya memberi petunjuk bagaimana tubuhnya memberi tindak balas terhadap suatu kecederaan atau penyakit yang dialaminya.

Buat penilaian terhadap ketiga-tiga perkara tersebut apabila membuat pemeriksaan terperinci kepada seseorang mangsa dan ulang pemeriksaan selalu (kira-kira setiap sepuluh minit) semasa anda menunggu bantuan tiba.  Catatkan sebarang perubahan kerana ini boleh membantu petugas perubatan dalam membuat keputusan rawatan terbaik untuk mangsa.

Perkara-perkara Yang Diperhatikan

TAHAP KESEDARAN DIRI

Terdapat beberapa peringkat keadaan di antara mangsa sedar dan tidak sedarkan diri.  Sebarang  perubahan boleh memberikan petunjuk kemeresotan atau pembaikan keadaan mangsa.

  • PEKA DAN TERJAGA.  Mata mangsa terbuka dan beliau dapat menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dengan biasa.
  • BERTINDAK BALAS TERHADAP SUARA.  Mangsa tidak sedar sepenuhnya, tetapi boleh memberi respon kepada arahan suara.
  • BERTINDAK BALAS TERHADAP KESAKITAN.  Mangsa tidak begitu bertindak balas, tetapi sedar terhadap kesakitan yang dialami.  Jangan beri rangsangan kesakitan atau sakitkan mangsa.
  • TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN).  Mangsa tiada tindak balas terhadap sebarang rangsangan.

PERNAFASAN

Seorang dewasa bernafas dengan kadar 12-18 kali seminit, manakala kanak-kanak 20-30 kali seminit.

  • Perhatikan dan bilang pernafasan mangsa dalam masa seminit.  Untuk kanak-kanak lebih mudah membilang dengan meletakkan tangan ke dadanya  dan bilang nafasnya.
  • Dengar cara dan keadaan pernafasannya – adakah ianya senyap atau kuat berbunyi, sukar atau mudah, dalam atau singkat?
  • Mangsa yang sukar bernafas sukar untuk bercakap, jadi usah desaknya untuk bercakap.
Iklan