Bagaimana Untuk Memeriksa Nadi

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Setiap degupan jantung akan menghantar tekanan sepanjang arteri (salur darah yang membawa darah ke seluruh badan).  Ini dipanggil nadi.  Nadi boleh dirasai pada tempat di mana arteri berada dekat dengan permukaan badan.

  • Jantung mengepam darah ke seluruh badan.  Ia biasanya berdegup sebanyak 60-80 kali seminit bagi orang dewasa dan sehingga 120 kali seminit bagi bayi dan kanak-kanak.
  • Tempat yang paling senang untuk memeriksa nadi ialah pada pergelangan tangan (nadi radial) pada orang dewasa dan kanak-kanak, atau pada lengan atas pada bayi (nadi brakial).

Cara-cara Untuk Memeriksa Nadi

  • Letakkan permukaan jari-jari anda (bukan hujung jari) pada titik nadi dan sambil menggunakan jam, bilang bilangan nadi dalam masa seminit.
  • Anda juga boleh memeriksa nadi pada leher (nadi karotid) dengan meletakkan dua jari di antara salur kerongkong dan otot leher. Bagaimanapun, agak sukar untuk mendapatkan nadi karotid.
  • Ketika anda membilang nadi, cuba pastikan bagaimana keadaan nadi tersebut – adakah ia sekata atau tidak sekata – dan adakah ia lemah atau kuat?
  • UNTUK DEWASA ATAU KANAK-KANAK
    Letakkan tiga batang jari pada pergelangan tangan sebelah ibu jari (nadi radial).
    Periksa Nadi Pergelangan Tangan
  • UNTUK BAYI
    Tekan dua batang jari bahagian dalam lengan pada lengan atas bayi (nadi brakial).
    Periksa Nadi Bayi
Iklan