Tindakan Sebelum Menggunakan Mesin Automated External Defibrillator (AED)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Sebelum menggunakan mesin automated external defibrillator (AED) pada seseorang yang anda syak mengalami serangan jantung atau ritma jantung tidak normal, periksa dahulu mangsa.

Jika anda nampak seseorang tiba-tiba rebah dan pengsan, atau anda terjumpa seseorang yang sudah dalam keadaan pengsan, pastikan bahawa orang itu tidak dapat memberi respon.  Jerit pada mangsa dan kejutkan mangsa untuk pastikan dia bukan sedang tidur.

Jangan goncang bayi atau kanak-kanak.  Sebaliknya, cubit kanak-kanak tersebut untuk mengejutkannya.

Panggil 999 atau minta orang lain untuk buat panggilan.  Jika anda sedang berdua, seorang boleh memberi CPR (resusitasi kardiopulmonari) manakala seorang lagi boleh memanggil 999 dan mendapatkan AED.

Periksa nadi dan pernafasan mangsa.  Jika pernafasan dan nadi tiada atau tidak normal, bersedia untuk menggunakan mesin AED dengan secepat mungkin.  (Serangan jantung mengejut boleh membunuh jika tidak dirawat segera.)

Jika tiada sesiapa yang tahu berapa lama sudah mangsa tidak sedarkan diri, atau mesin AED tiada tersedia, buat CPR selama 2 minit. Kemudian gunakan AED (jika ada) untuk memeriksa mangsa.

Selepas menggunakan AED, atau anda ketiadaan AED, beri pertolongan cemas CPR sehingga pertolongan cemas perubatan tiba atau sehingga mangsa mula bergerak.  Cuba hadkan tempoh berhenti rehat semasa CPR.

Selepas 2 minit melakukan CPR, anda boleh gunakan AED semula untuk memeriksa ritma jantung mangsa dan memberi renjatan sekali lagi, jika perlu.  Jika renjatan tidak diperlukan, teruskan CPR.

Iklan