Terbakar Teruk dan Melecur

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Melecur pada tangan.
Kecederaan melecur atau terbakar yang disebabkan oleh haba.

Terbakar dan melecur adalah kecederaan dan kerosakan yang terjadi pada kulit disebabkan oleh haba, bahan kimia dan arus elektrik.

Kecederaan jenis ini membawa risiko besar iaitu cecair badan terhilang dari sistem peredaran darah dan kemungkinan jangkitan kuman kerana lapisan perlindungan badan telah rosak.  Matlamat anda ialah untuk menghentikan proses kebakaran dengan menyejukkan kebakaran dengan secepat mungkin.

Penilaian Mangsa Terbakar dan Melecur Teruk

Pastikan tahap keterukan kebakaran.  Mungkin terjadi:

  • Kesakitan yang kuat pada tempat berlaku kecederaan, walau pun kebakaran yang dalam mungkin tidak memberi rasa sakit pada mangsa.
  • Melepuh, melecet atau gelembung pada sekitar kawasan yang tercedera.
  • Kemerahan dan bengkak pada kawasan yang cedera, atau kulit hangus jika kebakarannya teruk.

Langkah Berjaga-jaga Diri

Pakai sarung tangan pakai buang jika ada.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Melecur dan Terbakar Teruk

  1. SEJUKKAN KAWASAN TERBAKAR / MELECUR.  Alirkan air sejuk atau suam di atas kawasan yang terbakar selama sekurang-kurangnya 10 minit, atau sehingga kesakitan berkurangan.  Dudukkan mangsa dan angkat (tinggikan) kawasan yang tercedera.  Letakkan mangsa berada dalam keadaan yang selesa untuknya.  Panggil bantuan kecemasan.
    Alirkan air sejuk pada kawasan melecur atau terbakar.Alirkan air sejuk pada kawasan melecur atau terbakar.
    Alirkan air sejuk pada kawasan melecur atau terbakar.
     
  2. BUANG JERUTAN / CEKIKAN.  Buang atau potong sebarang kain, pakaian atau barang kemas daripada kawasan yang terlibat ketika anda menyejukkan kawasan terbakar.  Jangan buang sebarang benda yang melekat pada kulit yang terbakar.
  3. LINDUNGI KAWASAN TERBAKAR / MELECUR.  Tutup kawasan terbakar dan melecur, sebaik-baiknya dengan plastik (pembalut plastik atau beg plastik yang bersih).  Jika tiada, gunakan kain pembalut steril yang cukup besar untuk menutupnya.  Bahan yang tidak berbulu seperti kain bersih atau sarung bantal bersih juga boleh digunakan.
    Tutup anggota atau bahagian yang melecur atau terbakar untuk mengelakkan jangkitan kuman.Tutup anggota atau bahagian yang melecur atau terbakar untuk mengelakkan jangkitan kuman.
    Tutup anggota atau bahagian yang melecur atau terbakar untuk mengelakkan jangkitan kuman.
     
  4. BARINGKAN MANGSA.  Bantu mangsa untuk berbaring, pada masa yang sama mengekalkan bahagian yang cedera terangkat dan disokong.  Angkat kakinya mengatasi aras jantungnya dan sokong dengan kerusi (atau objek lain yang ada).  Ini mengurangkan risiko kejutan,  satu keadaan yang mengancam nyawa yang boleh berlaku selepas kehilangan banyak cecair badan.

Amaran

  • Jangan tutup tempat terbakar dan melecur dengan kain pembalut yang melekit.
  • Jangan bubuh sapuan, salap atau krim pada lecuran.
  • Jangan beri mangsa sebarang makanan atau minuman kerana mungkin dia akan diberi ubat bius kemudian nanti.
  • Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri,  buka laluan udara dan periksa pernafasan.  Bersedia untuk melakukan CPR.

Dapatkan Bantuan

Dapatkan nasihat perubatan untuk kebakaran dan melecur yang berukuran lebih dari 2.5 cm.  Kesemua kebakaran dan melecur dalam pada kanak-kanak memerlukan rawatan hospital.

Langkah Seterusnya

Awasi tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya ketika anda menunggu bantuan kecemasan.

Iklan