Serangan Asma (Lelah)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Apabila seseorang mengalami serangan asma, saluran udaranya menjadi sempit dan otot menjadi ketat, menjadikan pernafasannya sukar.  Membran yang melapisi saluran udaranya pula menjadi melekit dengan mukus.  Mangsa memerlukan bantuan segera untuk menggunakan alat ubat sedutnya.

Kenal Pasti Tanda-tanda Serangan Asma

Tanda-tanda serangan asma (lelah) termasuklah:

  • Kesukaran bernafas, terutama untuk bernafas keluar.
  • Batuk dan bernafas termengah-mengah.
  • Kesukaran bercakap.
  • Kebiruan pada keliling bibir dan cuping telinga apabila keadaan menjadi teruk.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Serangan Asma

  1. BERIKAN UBAT SEDUT.  Bantu mangsa mencari alat ubat sedut pereda beliau (biasanya berwarna biru atau kelabu).  Jika dia ada mempunyai alat peruang (spacer), ikuti rutin 4×4 seperti berikut:
    1.  Goncangkan alat ubat sedut dan semburkan sekali ke dalam alat peruang itu.
    2.  Tarik 4 sedutan nafas dari alat peruang itu.
    3. Ulang langkah 1 dan 2 sehingga empat semburan ubat diambil.
    Jika mangsa tiada alat peruang,  biarkan dia mengambil empat semburan secara terus dari alat ubat sedut – satu nafas dengan setiap semburan.  Beritahu pada mangsa untuk mengambil nafas dengan perlahan-lahan dan dalam-dalam semasa dia melakukan ini.
    Penting: Pastikan mangsa menggunakan alat ubat sedut pereda (biru atau kelabu) untuk merawat serangan asma/lelah dan bukan alat sedut pencegah (coklat, merah atau putih).Penting: Pastikan mangsa menggunakan alat ubat sedut pereda (biru atau kelabu) untuk merawat serangan asma/lelah dan bukan alat sedut pencegah (coklat, merah atau putih).
    Penting: Pastikan mangsa menggunakan alat ubat sedut pereda (biru atau kelabu) untuk merawat serangan asma/lelah dan bukan alat sedut pencegah (coklat, merah atau putih).
     
  2. DUDUKKAN MANGSA. Bantu mangsa untuk duduk dalam posisi yang dia merasakan selesa untuk bernafas. Posisi terbaik ialah duduk condong sedikit ke depan dengan belakangnya tegak.  Jangan biarkan mangsa berbaring.  Jika serangan tidak pulih selepas 4 minit, ulang langkah 1, memberikan empat sedutan lagi.
  3. PANGGIL BANTUAN.  Jika pernafasan mangsa tidak pulih, atau keadaannya menjadi semakin teruk, atau beliau sukar untuk bercakap kerana tidak dapat bernafas dan/atau beliau menjadi kepenatan, panggil bantuan kecemasan.
  4. AWASI MANGSA.  Bantu mangsa menggunakan alat ubat sedut dan alat peruangnya jika perlu setiap empat minit dan periksa tahap kesedaran mangsa, pernafasannya dan nadi semasa menunggu bantuan kecemasan. Catatkan sebarang perubahan pada keadaannya.

Bantuan

Jika ini adalah serangan lelah atau asma yang pertama mangsa, atau mangsa tidak mempunyai alat ubat sedut, segera panggil bantuan kecemasan.

Amaran

  • Pastikan mangsa menggunakan alat ubat sedut pereda (biru atau kelabu) dan bukan alat sedut pencegah (coklat, merah atau putih) kerana ini tidak membantu ketika serangan asma / lelah berlaku.
  • Jika serangan menjadi semakin teruk dan mangsa menjadi tidak sedarkan diri,  buka laluan udaranya dan periksa pernafasannya.  Bersedia untuk melakukan CPR.
Iklan