Reaksi Alahan Teruk (Anafilaksis)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Anafilaksis merupakan suatu reaksi alahan teruk yang terjadi tiba-tiba dan dapat menyebabkan kematian.  Reaksi alahan teruk menjejaskan seluruh tubuh dan boleh terjadi dengan pantas apabila ada sentuhan dengan alergen.  Bertindak segera dan panggil bantuan kerana orang yang mengalaminya memerlukan adrenalin (epinefrin). Bantu memberikan auto-injektor jika mangsa mempunyainya.

Kenal Pasti Tanda

Tanda-tanda reaksi alahan teruk termasuklah:

  • Mata merah, berair dan bengkak.
  • Mangsa nampak seperti kemerahan tubuhnya.
  • Ruam merah yang gatal, terutama pada keliling mulut dan kerongkong.
  • Kerongkong dan mulut membengkak, mengakibatkan kesukaran menelan.
  • Kesukaran bernafas – dada terasa ketat dan mangsa tercungap-cungap untuk bernafas.
  • Badan kejang dan mungkin loya dan muntah.
  • Mangsa mungkin menjadi gelisah, takut atau mengalami rasa kematian akan berlaku pada dirinya.
Antara tanda reaksi alahan teruk: bengkak dan ruam.Antara tanda reaksi alahan teruk: bengkak dan ruam.
Antara tanda reaksi alahan teruk: bengkak dan ruam.
 

Langkah-langkah Pertolongan Cemas

  1. PANGGIL BANTUAN.  Panggil bantuan kecemasan dengan segera dan terangkan bahawa mangsa mengalami reaksi alahan teruk.  Jika terdapat masih terdapat sengat lebah pada mangsa, buangkannya dengan segera sebelum memanggil bantuan.
  2. BERI UBAT.  Cari auto-injektor mangsa dan berikan kepadanya.  Jika dia tidak boleh menggunakannya, anda boleh membantu dia.  Pegangnya dengan genggaman anda, buka penutup keselamatannya dan tekan hujungnya dengan kuat pada paha mangsa menembusi pakaiannya untuk sekurang-kurangnya 10 saat.  Urut kawasan tersebut untuk 10 saat.
    Contoh auto-injektor untuk reaksi alahan teruk.Contoh auto-injektor untuk reaksi alahan teruk.
    Contoh auto-injektor untuk reaksi alahan teruk.
     
  3. DUDUKKAN MANGSA.  Bantu mangsa untuk duduk dalam posisi yang dia merasakan selesa untuk bernafas.  Posisi terbaik ialah duduk condong sedikit ke depan dengan belakangnya tegak.
  4. AWASI MANGSA.  Periksa tahap kesedaran mangsa, pernafasannya dan nadi semasa menunggu bantuan kecemasan.  Catatkan sebarang perubahan pada keadaannya.  Jika tanda-tanda kembali muncul,  anda boleh kembali memberi dos adrenalin (epinefrin) setiap 5 minit.

Bantuan

Jika mangsa tiada auto-injektor, beritahu perkhidmatan kecemasan semasa membuat panggilan.

Amaran

  • Jika mangsa menjadi sangat pucat dan nadinya lemah,  baringkan mangsa dengan kakinya ditinggikan mengatasi paras jantungnya.
  • Jika mangsa menjadi tidak sedarkan diri, buka laluan udaranya dan periksa pernafasannya.  Bersedia untuk memberikan CPR.
Iklan