Pendarahan Teruk

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Pendarahan pada tangan (lengan).
Pendarahan teruk boleh membahayakan nyawa.

Pendarahan boleh membahayakan nyawa kerana ia menyebabkan kehilangan bendalir badan dari sistem peredaran darah.  Adalah penting untuk mengawal kehilangan darah mangsa kerana ini boleh membuatkan dia menjadi tidak sedarkan diri (pengsan) dan terdapat juga risiko ini boleh menghentikan pernafasan dan degupan jantung mangsa.

Langkah Berjaga-jaga Diri

Pakai sarung tangan pakai buang jika ada.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Pendarahan Teruk

  1. BERIKAN TEKANAN.  Letakkan pad pembalut betul-betul di atas tempat luka dan tekan dengan kuat.  Buang atau potong sebarang kain atau pakaian untuk mendedahkan bahagian yang luka jika perlu.  Mangsa mungkin bersedia dan boleh mengenakan tekanan pada lukanya sendiri sementara anda mencari kain pembalut.

    Pad pembalut luka
    Pad pembalut luka.
  2. ANGKAT DAN BERI SOKONGAN.  Angkat anggota badan yang luka agar ia berada lebih tinggi dari aras jantung mangsa.  Ini akan memperlahankan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
    Memberi rawatan kecemasan pada mangsa pendarahan teruk.Memberi rawatan kecemasan pada mangsa pendarahan teruk.
    Memberi rawatan kecemasan pada mangsa pendarahan teruk.
     
  3. BARINGKAN MANGSA.  Bantu mangsa untuk berbaring, pada masa yang sama mengekalkan bahagian yang cedera terangkat dan disokong.  Angkat kakinya mengatasi aras jantungnya dan sokong dengan kerusi (atau objek lain yang ada).  Ini mengurangkan risiko kejutan,  satu keadaan yang mengancam nyawa yang boleh berlaku selepas kehilangan banyak cecair badan.
  4. BALUT DENGAN PEMBALUT LUKA.  Ikatkan kain pembalut luka di sekeliling pad pembalut dan anggota yang cedera untuk mengekalkan pad pada tempat luka dan mengekalkan tekanan.  Panggil bantuan kecemasan.  Jika darah tiris keluar dari balutan, ikat lagi dengan balutan kain pembalut kedua.  Jika darah keluar juga dari balutan kedua, tanggalkan kedua-dua kain pembalut dan buat balutan baru.

Amaran

  • Jangan gunakan turnikuet untuk mengawal pendarahan.
  • Jika terdapat objek dalam luka, contohnya kayu, besi atau kaca, tekan bahagian tepi luka dari objek itu untuk kawal pendarahan.
  • Jangan beri mangsa sebarang makanan atau minuman kerana mungkin dia akan diberi ubat bius kemudian nanti.
  • Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri,  buka laluan udara dan periksa pernafasan.  Bersedia untuk melakukan CPR.

Dapatkan Bantuan

Sebaik-baiknya minta seseorang untuk membuat panggilan kecemasan ketika anda merawat mangsa.

Langkah Seterusnya

  • Awasi tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya ketika anda menunggu bantuan kecemasan.
  • Pastikan balutan tidak terlalu ketat.  Untuk memeriksa, tekan kuku mangsa sehingga jadi putih kemudian lepaskan tekanan, kuku mangsa sepatutnya segera kembali kepada warna asal.  Jika tidak,  longgarkan balutan dan periksanya setiap 10 minit.
Iklan