Kanak-kanak Pengsan (Tidak Sedarkan Diri) dan CPR Kanak-kanak

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Gunakan turutan ini untuk merawat kanak-kanak berusia di antara setahun dan akil baligh.  Jika kanak-kanak berhenti bernafas,  puncanya adalah lebih kepada masalah pernafasan berbanding dengan masalah jantung, jadi berikan pernafasan penyelamatan untuk meningkatkan paras oksigen darah.

Periksa Mangsa

Jika dadanya tidak naik dan turun semasa pernafasan penyelamatan, laraskan posisi kepalanya dan cuba lagi.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas

  1. BUKA LALUAN UDARA DAN PERIKSA PERNAFASAN.  Sambil duduk di sisi tepi kepala mangsa, tolak sedikit kepala kanak-kanak itu ke belakang sedikit dan angkat dagunya.  Letakkan telinga anda dekat dengan mulutnya; lihat, dengar dan rasa pernafasannya selama 10 saat.  Jika dia tidak bernafas, teruskan kepada langkah 2.  Jika bernafas secara normal, letakkan kanak-kanak itu dalam posisi pemulihan, sama seperti untuk dewasa.
  2. BERIKAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Dongakkan kepalanya dan angkat dagunya, biarkan mulut kanak-kanak itu terbuka sedikit.  Buang sebarang benda yang menyekat pernafasan dari mulutnya – jangan jolok jari untuk memeriksa mangsa.  Picit tutup lubang hidungnya, ambil nafas, letakkan mulut anda kepada mulut kanak-kanak itu dan tiup dengan perlahan sehingga anda melihat dadanya kembang naik.  Angkat mulut anda dan lihat dadanya kembali kempis.  Beri mangsa dua pernafasan penyelamatan.
  3. Membuat mampatan dada pada kanak-kanak.Membuat mampatan dada pada kanak-kanak.
    Membuat mampatan dada pada kanak-kanak.
     
  4. BERI MAMPATAN DADA.  Letakkan SATU tapak tangan pada tengah dada mangsa.  Dengan bahu berada atas pada tangan anda, tekan sehingga satu pertiga dari aras dada mangsa.  Lepaskan tekanan, tapi biarkan tangan anda masih pada dada kanak-kanak itu, biarkan dadanya dalam keadaan tidak ditekan.  Berikan 30 mampatan pada kadar 100 mampatan seminit.
  5. ULANG PERNAFASAN PENYELAMATAN DAN MAMPATAN DADA.  Dongakkan kepala kanak-kanak itu, angkat dagunya dan ulang memberi dua pernafasan penyelamatan.  Sambung dengan kitar 30 mampatan dada dan diikuti dengan dua pernafasan penyelamatan.

Dapatkan Bantuan

  • Jika anda ada bantuan, minta orang itu untuk memanggil perkhidmatan kecemasan segera setelah anda tahu kanak-kanak tersebut tidak bernafas.
  • Jika anda bersendirian dan kanak-kanak itu tidak bernafas,  teruskan CPR selama seminit sebelum berhenti untuk membuat panggilan kecemasan.

Amaran

JANGAN tekan rusuk, bahagian bawah tulang dada atau bahagian atas tubuh semasa membuat mampatan dada.

Langkah Seterusnya

  • Sambung memberi CPR sehingga bantuan kecemasan tiba dan mengambil alih, kanak-kanak itu mula bernafas secara normal, atau anda terlalu letih untuk meneruskannya.  Jika pernafasan normal sudah bermula, letakkan kanak-kanak tersebut pada posisi pemulihan dan tunggu bantuan kecemasan tiba.
  • Jika terdapat mesin AED, ia juga boleh digunakan pada kanak-kanak.
Iklan