Dewasa dan Kanak-kanak Tercekik

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Lelaki tercekik.
Tercekik menyebabkan pernafasan tersekat.

Objek yang tersekat atau terlekat dalam laluan udara mangsa boleh menghalang mangsa dari bernafas, bercakap malah untuk batuk.  Jika mangsa tidak dapat menghilangkan sekatan dengan batuk,  bertindak pantas untuk membantu dan panggil bantuan kecemasan.

Kenal Pasti Tanda-tanda Orang yang Tercekik

  • Mangsa tiba-tiba sahaja batuk dan tercungap-cungap untuk bernafas.
  • Jika sekatan pada saluran udara hanya sebahagian, mangsa boleh bercakap, batuk dan bernafas.
  • Jika sekatan saluran udara mangsa adalah sepenuhnya, mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas.
  • Jangan campur tangan sehinggalah keadaan menjadi sukar kerana mangsa mungkin dapat mengatasi keadaan tercekiknya dengan hanya berbatuk.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Orang yang Tercekik

  1. SURUH MANGSA BATUK.  Beritahu mangsa untuk batuk dan menghilangkan sendiri sekatan yang sederhana jika dia boleh.  Buang sebarang objek yang jelas ada pada mulut kanak-kanak (jika mangsa kanak-kanak).
  2. MENEPUK BELAKANG MANGSA.  Jika sekatannya teruk,  berdiri di sisi mangsa.  Sokong bahagian atas badannya dan beri lima tepukan kuat pada belakang mangsa (di antara tulang kipas mangsa) dengan tapak tangan anda.  Periksa mulut mangsa.  Kanak-kanak mungkin memerlukan bantuan anda untuk mengeluarkan objek yang terkeluar.  Jika masih lagi tidak pulih, teruskan ke langkah 3.
    Tepukan belakang dewasa (5 kali).Tepukan belakang dewasa (5 kali).
    Tepukan belakang dewasa (5 kali).
    Tepukan belakang kanak-kanak (5 kali).Tepukan belakang kanak-kanak (5 kali).
    Tepukan belakang kanak-kanak (5 kali).
     
  3. BERI TUJAHAN PADA DADA.  Berdiri di belakang mangsa dan letakkan tangan anda di sekeliling bahagian atas abdomen mangsa. Miringkan sedikit mangsa ke depan.  Letakkan genggaman tangan anda di antara pusat dan tulang dada mangsa (sternum).  Pegang tangan ini dengan tangan anda yang satu lagi dan tarik dengan kuat ke dalam dan ke atas. Ulang sehingga lima kali, sambil memeriksa mangsa di antara setiap satu tujahan yang diberi.
    Tujahan dada dewasa (5 kali).Tujahan dada dewasa (5 kali).
    Tujahan dada dewasa (5 kali).
    Tujahan dada kanak-kanak (5 kali).Tujahan dada kanak-kanak (5 kali).
    Tujahan dada kanak-kanak (5 kali).
     
  4. PANGGIL BANTUAN.  Periksa mulutnya.  Jika perlu, ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga tiga kali.  Jika anda tidak dapat menghilangkan sekatan tersebut, panggil perkhidmatan kecemasan.  Teruskan memberi tepukan belakang dan tekanan dada (langkah 2 dan langkah 3) sehingga bantuan sampai.

Amaran

Keluarkan sebarang objek yang jelas dari mulut mangsa tetapi jangan jolok jari ke dalam rongga dalam mulut mangsa kerana ini memungkinkan objek tertolak lebih jauh ke dalam kerongkong mangsa atau boleh mencederakan kerongkong mangsa.

Langkah Seterusnya

  • Sambung kitar lima tepukan diikuti lima tujahan dada sehingga sekatan hilang atau bantuan kecemasan sampai dan mengambil alih.
  • Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri,  rongga kerongkong boleh menjadi mengendur, membebaskan sebarang sekatan. Lihat mangsa tidak sedarkan diri.
  • Orang yang telah diberi tujahan dada perlu diperiksa oleh doktor.
Iklan