Cara Penggunaan Mesin Automated External Defibrillator (AED)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone
Penggunaan Mesin AED.Penggunaan Mesin AED.
Penggunaan Mesin AED.
 

Sementara menunggu mesin AED, berikan bantuan CPR pada mangsa.  Jika tiada sesiapa yang terlatih ada di tempat kejadian, ikuti arahan dari mesin.

  1. LEKATKAN PAD.  Hidupkan AED.  Lekatkan pad pada kulit mangsa seperti yang ditunjukkan pada pek.
  2. DENGAR ARAHAN MESIN.  Jarakkan diri dari mangsa dan pastikan tiada sesiapa yang menyentuh mangsa semasa mesin sedang membuat analisa.  Mesin akan memberitahu anda sama ada kejutan atau renjatan dinasihatkan diberi atau tidak.
  • JIKA RENJATAN DINASIHATKAN DIBERI.  Pastikan tiada sesiapa sedang menyentuh mangsa.  Tekan butang renjatan; mangsa mungkin jadi tersentak.  Sambung memberi CPR selama 2 minit, kemudian mesin AED akan menganalisa semula mangsa.  Ikuti arahannya.  Biarkan pad melekat pada mangsa jika mangsa pulih.
  • JIKA TIADA RENJATAN DINASIHATKAN DIBERI.  Teruskan CPR selama 2 minit lagi, kemudian mesin AED akan menganalisa semula mangsa.  Biarkan pad melekat dan teruskan mengikuti arahan dari mesin AED.
Iklan