Bayi Tercekik

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Apabila bayi yang berumur kurang dari satu tahun tercekik, iaitu terdapat objek atau makanan yang tersekat pada saluran udaranya, anda perlu bertindak dengan pantas untuk menghilangkan sekatan tersebut.  Jika bayi sudah berhenti bernafas, memberi tepukan belakang dan tujahan dada mungkin dapat menghilangkan sekatan tersebut.

Kenal Pasti Tanda-tanda Bayi yang Tercekik

  • Bayi tiba-tiba sahaja batuk dan tercungap-cungap untuk bernafas.
  • Jika sekatan pada saluran udara hanya sebahagian, bayi boleh batuk, tetapi sukar untuk bersuara atau untuk menangis.
  • Jika sekatan saluran udara bayi adalah sepenuhnya, bayi tidak mampu bernafas atau bersuara.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Bayi yang Tercekik

  1. BERI TEPUKAN BELAKANG.  Jika bayi tidak dapat bernafas,  tiarapkan bayi  di atas lengan anda, menyokong kepalanya.  Duduk dan sokong bayi yang besar dengan paha anda.  Dengan menggunakan tapak tangan anda tepuk dengan kuat belakang (di antara tulang kipas) bayi sehingga lima kali.
    Tepukan belakang bayi (5 kali).Tepukan belakang bayi (5 kali).
    Tepukan belakang bayi (5 kali).
     
  2. PERIKSA MULUT.  Palingkan bayi.  Pegang bayi dengan kepalanya didukung dengan tapak tangan anda.  Pastikan kepalanya dalam keadaan rendah dari dadanya seboleh mungkin, lihat di dalam mulutnya dan buang sebarang objek yang jelas.  Jika sekatan tidak terbuka, teruskan ke langkah 3.
  3. BERI TUJAHAN  PADA DADA.  Dengan memegang bayi sepanjang lengan anda, kepalanya pada tapak tangan anda, letakkan lengan anda itu pada  sepanjang paha anda.  Letakkan dua jari anda pada tengah dada bayi.  Tekan kuat ke dalam sehingga lima kali.  Periksa mulutnya sekali lagi.
    Tujahan dada bayi (5 kali).Tujahan dada bayi (5 kali).
    Tujahan dada bayi (5 kali).
     
  4. PANGGIL BANTUAN.  Ulang langkah 1 sehingga 3 sehingga tiga kali.  Jika mulutnya masih tersekat, bawa bayi bersama anda dan panggil perkhidmatan kecemasan.  Teruskan kitar tepukan belakang dan tujahan dada bayi sehingga bantuan sampai.

Amaran

Keluarkan sebarang objek yang jelas dari mulut mangsa tetapi jangan jolok jari ke dalam rongga dalam mulut mangsa kerana ini memungkinkan objek tertolak lebih jauh ke dalam kerongkong mangsa atau boleh mencederakan kerongkong mangsa.

Langkah Seterusnya

  • Sambung kitar lima tepukan diikuti lima tujahan dada sehingga sekatan hilang atau bantuan kecemasan sampai dan mengambil alih.
  • Jika bayi menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri,  rongga kerongkong boleh menjadi mengendur, membebaskan sebarang sekatan. Lihat bayi pengsan.
  • Bayi yang telah diberi tujahan dada perlu diperiksa oleh doktor.
Iklan