Bayi Pengsan (Tidak Sedarkan Diri) dan CPR Bayi

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Gunakan turutan ini untuk merawat bayi yang berusia kurang dari setahun.  Bercakap dengan bayi dan tepuk kakinya untuk mengetahui bayi sedar atau pengsan, jangan sesekali goncang bayi.  Jika bayi berhenti bernafas, mulakan memberi pernafasan penyelematan.  Letakkan bayi di atas permukaan yang tegap sebelum bermula.

Periksa Mangsa

Jika dadanya tidak naik dan turun semasa pernafasan penyelamatan, laraskan posisi kepalanya dan cuba lagi.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas

  1. BUKA LALUAN UDARA DAN PERIKSA PERNAFASAN. Sambil duduk di sisi tepi kepala mangsa, tolak sedikit kepala bayi itu ke belakang sedikit dan angkat dagunya. Letakkan telinga anda dekat dengan mulutnya; lihat, dengar dan rasa pernafasannya selama 10 saat. Jika dia tidak bernafas, teruskan kepada langkah 2. Jika bernafas secara normal, terus lakukan langkah 5.
  2. BERIKAN PERNAFASAN PENYELAMATAN. Dongakkan kepalanya dan angkat dagunya, biarkan mulut bayi itu terbuka sedikit. Buang sebarang benda yang menyekat pernafasan dari mulutnya – jangan jolok jari untuk memeriksa mangsa. Picit tutup lubang hidungnya, ambil nafas, letakkan mulut anda kepada mulut bayi itu dan tiup dengan perlahan sehingga anda melihat dadanya kembang naik. Angkat mulut anda dan lihat dadanya kembali kempis. Beri mangsa dua pernafasan penyelamatan.
  3. BERI MAMPATAN DADA. Letakkan dua jari anda pada tengah dada bayi. Dengan bahu berada atas pada tangan anda, tekan sehingga satu pertiga dari aras dada mangsa. Lepaskan tekanan, tapi biarkan jari anda masih pada dada bayi itu, biarkan dadanya dalam keadaan tidak ditekan. Berikan 30 mampatan pada kadar 100 mampatan seminit.
    Mampatan dada bayi. Tekan sehingga 1/3 kedalaman dada bayi sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.Mampatan dada bayi. Tekan sehingga 1/3 kedalaman dada bayi sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.
    Mampatan dada bayi. Tekan sehingga 1/3 kedalaman dada bayi sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.
     
  4. ULANG PERNAFASAN PENYELAMATAN DAN MAMPATAN DADA. Dongakkan kepala bayi itu, angkat dagunya dan ulang memberi dua pernafasan penyelamatan. Sambung dengan kitar 30 mampatan dada dan diikuti dengan dua pernafasan penyelamatan.
  5. JIKA BERNAFAS SEPERTI BIASA.  Pegang bayi dalam posisi pemulihan, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah dari badannya.  Panggil bantuan kecemasan dan awasi tahap kesedaran, pernafasan dan nadinya sementara menunggu bantuan tiba.
Posisi pemulihan bayi, perhatikan kedudukan kepalanya yang lebih rendah.Posisi pemulihan bayi, perhatikan kedudukan kepalanya yang lebih rendah.
Posisi pemulihan bayi, perhatikan kedudukan kepalanya yang lebih rendah.
 

Dapatkan Bantuan

  • Jika anda ada bantuan, minta orang itu untuk memanggil perkhidmatan kecemasan segera setelah anda tahu bayi tersebut tidak bernafas.
  • Jika anda bersendirian dan bayi itu tidak bernafas,  teruskan CPR selama seminit sebelum berhenti untuk membuat panggilan kecemasan.

Amaran

  • JANGAN tekan rusuk, bahagian bawah tulang dada atau bahagian atas tubuh semasa membuat mampatan dada.
  • AED tidak boleh digunakan pada bayi berusia kurang dari setahun.

Langkah Seterusnya

Sambung memberi CPR sehingga bantuan kecemasan tiba dan mengambil alih, bayi mula bernafas secara normal, atau anda terlalu letih untuk meneruskannya.  Jika pernafasan normal sudah bermula, letakkan bayi tersebut pada posisi pemulihan bayi (rujuk foto) dan tunggu bantuan kecemasan tiba.

Iklan