Angin Ahmar atau Strok

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Strok atau angin ahmar adalah satu keadaan yang mana terdapat bahagian otak yang terjejas disebabkan oleh gangguan terhadap bekalan normal darahnya. Ini mungkin terjadi dari persumbatan dalam salur darah yang menghentikan pengaliran darah ke tisu otak. Jika keadaan ini dikenal pasti pada tahap awal dan perawatan di hospital ada tersedia, rawatan perubatan boleh melarutkan dan menghilangkan persumbatan tersebut, memberikan pemulihan sepenuhnya.

Kenal Pasti Tanda-tanda Orang yang Mengalami Angin Ahmar (Strok)

Tanda-tanda berikut mungkin terjadi, mungkin tidak semua:

  • Rasa semut-semut, lemah atau kebas satu bahagian dari tubuh (separuh tubuh sama ada kiri atau kanan).
  • Pandangan menjadi kabur atau bertindih.
  • Rasa loya.
  • Hilang kawalan terhadap kawalan perkumuhan (air besar dan air kecil).
  • Tidak mampu bercakap atau bercakap dengan kata-kata yang tidak difahami.
  • Kehilangan keseimbangan badan dan koordinasi tubuh.
  • Tahap kesedaran diri yang berkurang atau menjadi pengsan.
  • Sakit kepala.

Tip: Gunakan ujian FAST jika anda syaki seseorang terkena angin ahmar atau strok. FAST adalah akronim bagi Face, Arms, Speech dan Time. Suruh mangsa senyum, mengangkat kedua-dua belah tangannya dan bercakap. Jika mangsa gagal salah satu dari ujian tersebut, maka ini adalah masa (time) untuk memanggil perkhidmatan kecemasan 999.

Ujian FAST untuk strok (angin ahmar).
Ujian FAST untuk mengenal pasti angin ahmar (strok).

 

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Serangan Angin Ahmar (Strok)

  1. PERIKSA TAHAP KESEDARAN MANGSA. Jika mangsa tidak sedarkan diri dan bernafas seperti biasa, atau mangsa separa sedar, letakkan mangsa pada posisi pemulihan. Buat panggilan 999 untuk mendapatkan ambulan. Adalah penting untuk pesakit diperiksa secepat mungkin kerana rawatan perlu dimulakan dalam masa satu hingga dua jam jika terdapat persumbatan dalam otak.
  2. JAGA MANGSA YANG SEDAR. Bantu mangsa yang sedar untuk bertenang dan berada dalam keadaan yang selesa. Selimutkan mangsa jika keadaan sejuk untuk mengurangkan kehilangan haba.
  3. PANTAU MANGSA. Pantau pernafasan dan nadi mangsa dan juga tahap kesedaran mangsa ketika anda menanti bantuan kecemasan. Catatkan sebarang perubahan.

Dapatkan Bantuan

Beritahu perkhidmatan kecemasan bahawa anda sudah menguji mangsa dengan ujian FAST dan anda mengesyaki mangsa mengalami angin ahmar/strok.

Amaran

  • Jangan beri sebarang makanan atau minuman pada mangsa kerana dia mungkin tidak dapat menelan dan boleh tercekik.
  • Jika mangsa menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri, periksa pernafasan mangsa, jika bernafas seperti biasa letakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika tidak bernafas, mulakan bantuan CPR.

Walaupun pengalaman diserang angin ahmar atau strok ini sangat menakutkan bagi pesakit, namun jika rawatan perubatan segera diberi dan diikuti dengan terapi pemulihan untuk suatu tempoh masa, pemulihan dapat dicapai oleh kebanyakan pesakit.

Iklan