Posisi Pemulihan – Langkah dan Cara

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someone

Posisi pemulihan merujuk kepada keadaan berbaring mangsa pada keadaan mengiring, yang mana mangsa yang tidak sedarkan diri (pengsan) tetapi bernafas boleh diletakkan sebagai sebahagian dari rawatan pertolongan cemas.

Jika mangsa bernafas seperti biasa, letakkan dirinya dalam posisi pemulihan (kecuali anda mengesyaki berlaku kecederaan belakang yang serius).  Dalam posisi ini, saluran udara mangsa terbuka, cecair atau/ dan muntahan boleh mengalir keluar dan mangsa tidak akan terguling ke depan.  Cuba untuk tidak meninggalkan mangsa, kecuali anda terpaksa pergi mendapatkan pertolongan.

Langkah Posisi Pemulihan.
Langkah-langkah meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Langkah-langkah Meletakkan Mangsa Dalam Posisi Pemulihan

  1. TANGAN DAN KAKI.  Buang apa saja yang besar dari poket mangsa.  Pastikan tangan dan kaki mangsa lurus, kemudian duduk berlutut di sisi mangsa, selari dengan dadanya.  Letakkan lengan mangsa yang paling hampir dengan anda pada keadaan seperti mengangkat tangan seperti yang ditunjukkan dalam rajah, dengan tapak tangannya menghadap ke atas.  Angkat tangannya yang satu lagi, tariknya ke arah diri anda dan letakkan belakang tapak tangan mangsa membelakangi pipinya.  Angkat kakinya seperti dalam rajah sehingga tapak kakinya dapat menyokong kaki itu.
  2. PUSING MANGSA.  Capai lututnya yang terangkat itu dengan satu tangan dan sokong tangan mangsa yang sedang berada pada pipi mangsa dengan tangan yang satu lagi.  Tarik lututnya dan perlahan-lahan pusing mangsa ke arah diri anda.  Pastikan kepala, belakang dan tengkok mangsa selari semasa memusing mangsa.  Jika anda teman yang membantu, seorang boleh menyokong kepala mangsa ketika anda memusingkan mangsa menjadi berada dalam keadaan mengiring.
  3. BETULKAN POSISI KEPALA.  Tarik kepala mangsa ke belakang sedikit untuk mempastikan saluran udara terbuka.  Tangan mangsa perlu berada di bawah pipinya untuk membantu mengekalkan dirinya berada dalam posisi yang betul.
  4. BETULKAN KAKI DAN TANGAN MANGSA.  Pastikan mangsa kelihatan selesa dengan membetulkan tangan dan kakinya.
  5. PERHATIKAN MANGSA.  Sementara anda menantikan bantuan tiba, perhatikan tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya dan catat sebarang perubahan.  Jika pernafasan terhenti, mulakan CPR.
Iklan